Langkah Strategik Demi Masa Depan Pendidikan Perak
21 Januari 2026 – YBrs. Dr Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030 bersama 11 Agensi Penggerak merangkumi 10 domain kepakaran, sebagai usaha menyatukan visi, kepakaran dan tindakan ke arah sistem pendidikan negeri yang lebih progresif, inklusif dan mampan.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan pelan strategik secara berfasa, selari dengan kekuatan setiap agensi, bagi memastikan setiap inisiatif dilaksana secara tersusun, berimpak tinggi dan memberi manfaat langsung kepada ekosistem pendidikan negeri.
Sebagai kesinambungan, Bengkel dan Sesi Taklimat Pelaksanaan Pelan Strategik akan dianjurkan pada Mac 2026, termasuk pendedahan kepada Dashboard Pelan Strategik yang akan mula digunapakai secara rasmi bermula tahun 2026.
Komitmen ini mencerminkan kesungguhan Yayasan Perak dalam membina masa depan pendidikan negeri yang lebih sejahtera, berdaya saing dan berimpak tinggi untuk generasi akan datang.
