MESYUARAT ANGGOTA YAYASAN PERAK BIL 1/2026
Di sebalik setiap keputusan yang dibentuk, ada perancangan yang teliti dan komitmen yang berterusan. Mesyuarat Anggota Yayasan Perak (MAYA) Bil. 1/2026 menjadi medan penting untuk menilai pencapaian, memperkukuh hala tuju serta memastikan setiap inisiatif yang digerakkan terus memberi impak kepada rakyat negeri ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad ini membentangkan pelbagai laporan serta kertas strategik merangkumi aspek tadbir urus, pembangunan sosial, pelaburan dan pengukuhan organisasi, selaras dengan usaha memperkasa pendidikan dan pembangunan sosial secara menyeluruh di Negeri Perak. 
Dengan hala tuju yang jelas dan pelaksanaan yang berdisiplin, Yayasan Perak komited untuk terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan modal insan, demi kesejahteraan rakyat dan masa depan negeri yang lebih mampan.
