BIASISWA YAB MENTERI BESAR PERAK SPM 2026 – HARAPAN ANAK PERAK, SOKONGAN NEGERI
Kerajaan Negeri Perak meneruskan pelaksanaan Program Biasiswa Menteri Besar Perak yang diterajui oleh Yayasan Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak sebagai usaha berterusan dalam memperkasa pendidikan anak negeri, khususnya dalam kalangan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Sebagai simbolik penawaran bagi tahun 2026, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad telah menyampaikan sijil kepada 10 orang wakil pelajar yang menerima tawaran biasiswa ini.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, seramai 7,627 pelajar telah menerima manfaat dengan jumlah peruntukan melebihi RM8.12 juta.
Lebih membanggakan, 30 orang penerima dalam kalangan calon SPM 2025 berjaya memperoleh keputusan semua A, mencerminkan keberkesanan sokongan yang diberikan.
Bagi tahun 2026, seramai 900 pelajar disasarkan menerima biasiswa ini melibatkan calon SPM, STPM dan STAM, dengan kadar bantuan sebanyak RM1,000 (SPM) serta RM1,200 (STPM & STAM).
Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, malah menjadi dorongan kepada pelajar untuk terus fokus mencapai kecemerlangan dan membina masa depan yang lebih baik.
Yayasan Perak komited, Kerajaan Negeri prihatin — demi masa depan anak Perak.
