PENYERAHAN BANTUAN CERMIN MATA YP EYE SINAR 2026, DAERAH HULU PERAK

Keupayaan melihat dengan jelas merupakan antara aspek penting yang membantu murid mengikuti pembelajaran dengan lebih selesa dan fokus di sekolah.

Bagi tahun 2026, Yayasan Perak meneruskan pelaksanaan Program YP Eye Sinar dengan Daerah Hulu Perak menjadi lokasi pertama bagi penyerahan bantuan cermin mata tahun ini. Program ini turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak melalui Sektor Pembangunan Murid serta Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak dalam usaha membantu murid yang memerlukan mendapatkan cermin mata baharu.

Program yang berlangsung di SK Lenggong ini menyaksikan seramai 27 murid menerima bantuan cermin mata sebagai usaha memastikan mereka dapat mengikuti proses pembelajaran harian dengan lebih baik dan berkeyakinan.

Bantuan ini bukan sekadar memenuhi keperluan penglihatan, malah menjadi sebahagian daripada komitmen Yayasan Perak dalam menyokong akses pendidikan yang lebih menyeluruh kepada anak-anak Perak.

Semoga inisiatif seperti ini terus memberi manfaat kepada murid yang memerlukan, seterusnya membantu mereka melangkah dengan lebih yakin dalam pembelajaran.