Bengkel Seni Khat Kaligrafi Islam – Nadi budaya, Pesona jiwa

Bengkel Seni Khat dan Kaligrafi Islam Siri ke 5 telah berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS) dengan penyertaan seramai 40 orang peserta dengan bimbingan Ustaz Abdul Hanan.

Bengkel ini memberikan pendedahan kepada peserta tentang keistimewaan seni Khat Thuluth yang sinonim dengan keindahan bentuk huruf dan ketelitian teknik penulisannya. Selain meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam seni khat, program ini turut memupuk nilai kesabaran, ketekunan dan penghargaan terhadap warisan seni Islam.

Pada akhir program, tenaga pengajar telah melaksanakan sesi penilaian terhadap hasil kerja para peserta bagi menilai pemahaman, kemahiran serta penguasaan teknik seni khat yang telah dipelajari sepanjang bengkel berlangsung.

Lebih dari itu, program ini turut menyemai minat, mengasah bakat dan memupuk penghargaan terhadap seni Islam dalam kalangan generasi muda.

Di sebalik setiap lenggok aksara, tersimpan keindahan seni, ketelitian karya dan warisan bernilai tinggi.