JNBA 3.0: Slot Potensi Cemerlang Kinta Utara Cetus Prestasi Gred A!

Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA) 3.0 Bersama Cikgu Saarani diteruskan dengan momentum yang semakin membara! Bertempat di Dewan JPN, Meru dengan seramai 250 pelajar calon SPM daripada 49 buah sekolah di Daerah Kinta Utara telah berhimpun di bawah satu misi besar melalui Slot Cemerlang.

Hadir peserta memenuhi ruang dewan seawal pagi dengan penuh semangat dan kesediaan mental untuk melompat ke tahap potensi tertinggi mereka.

Bagaimana Slot Cemerlang ini membentuk corak fikir seorang juara hebat?

🚀 Anjakan Paradigma Bersama Tuan Zaki Zainal: Menerusi penyampaian yang bertenaga dan interaktif, pelajar dibimbing untuk mengubah cara fikir daripada negatif kepada lebih positif serta mula percaya kepada kebolehan diri sendiri.

🚀Persediaan Mental & Pengurusan Tekanan: Bukan sekadar motivasi kosong, peserta didedahkan dengan strategi praktikal mengawal emosi dan tekanan pembelajaran, agar mereka mampu menghadapi dewan peperiksaan dengan tenang, fokus, dan berdaya tahan.

🚀Membina Daya Tahan Tinggi: Pelbagai aktiviti direka khusus bagi menyuntik kekuatan dalaman pelajar untuk terus konsisten mengejar sasaran gred cemerlang mereka.

Melihat kepada komitmen luar biasa dan keterlibatan aktif yang ditunjukkan sepanjang program, Yayasan Perak amat yakin bahawa objektif JNBA 3.0 untuk melahirkan modal insan kelas pertama berjaya dicapai di daerah ini.

Sokongan padu daripada Jabatan Pendidikan Negeri Perak, para pentadbir sekolah, guru-guru, serta ibu bapa sentiasa menjadi tiang seri kepada usaha memperkasakan kecemerlangan pendidikan anak-anak anak negeri Perak.

Semoga obor semangat yang telah disemarakkan oleh Slot Cemerlang di Kinta Utara hari ini akan terus ke daerah-daerah lain sepanjang siri jelajah ini berlangsung! Daerah anda bila lagi?