PROGRAM OUTREACH TASPEN DI DAERAH PERAK TENGAH

Yayasan Perak meneruskan langkah dalam memperkukuh inisiatif pendidikan menerusi Program Outreach TASPEN (Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak) yang dijalankan di beberapa buah sekolah rendah di sekitar Daerah Perak Tengah.

Inisiatif ini memberi penekanan terhadap kepentingan perancangan pendidikan dengan menggalakkan ibu bapa, guru dan warga sekolah mengambil langkah awal dalam menyediakan simpanan sebagai salah satu bentuk perancangan kewangan.

Diharapkan pelaksanaan Outreach TASPEN di Daerah Perak Tengah ini dapat membuka ruang bagi memastikan anak-anak menikmati peluang pendidikan yang lebih baik pada masa hadapan.