NGOPI SISWA BERSAMA CIKGU SAARANI

Lebih 200 mahasiswa Anak Perak yang sedang menuntut di sekitar Selangor berhimpun dalam suasana santai menerusi Ngopi Siswa Bersama Cikgu Saarani 2026 di RUANG, Seksyen 16, Shah Alam.

Bukan sekadar sesi pertemuan, program ini membuka ruang untuk mahasiswa berkongsi sendiri pandangan, pengalaman dan harapan mereka bersama YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak.

Ada yang berkongsi tentang cabaran sebagai mahasiswa, ada yang membawa pandangan tentang peluang kerjaya, pembangunan belia dan masa depan negeri. Semuanya didengar secara terus dalam suasana yang lebih dekat dan terbuka.

Bagi Yayasan Perak, mahasiswa Anak Perak yang menuntut di luar negeri tetap sebahagian daripada keluarga besar Perak. Walau berada jauh dari kampung halaman, suara, idea dan aspirasi mereka tetap penting dalam mencorakkan masa depan negeri.

Kerana membina Perak bukan hanya tentang menyediakan bantuan dan peluang, tetapi juga tentang memberi ruang kepada generasi muda untuk bersuara, terlibat dan sama-sama membawa negeri ini ke hadapan.

Dalam program sama, turut berlangsung Majlis Pelancaran Program Rezeki Kampus Sejahtera (PARAS), sebuah inisiatif di bawah Yayasan Bina Upaya (YBU) yang memberi tumpuan kepada usaha memperluas sokongan dan manfaat kepada mahasiswa.

Di mana pun Anak Perak berada, Perak tetap dekat.