MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
Yayasan Perak merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh penerima anugerah sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Sektor Pendidikan Islam yang berlangsung di Dewan Serbaguna Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Khairudin bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kehadiran YBrs. Encik Zulkafli bin Mohamed Mokhtar, Pengarah Pendidikan Negeri Perak.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Nasreen Khanum binti Nawab Zadah Khan, Pengurus Besar Yayasan Perak, Tuan Haji Shamsul Bahrain bin Haji Hashim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam, Tuan Haji Salehuddin bin Haji Arshad, Ketua Penolong Pengarah Unit Perancangan & Pembangunan Pendidikan Islam.
Majlis ini turut menjadi wadah penghargaan kepada para penerima atas pencapaian dan kecemerlangan yang telah dicapai dalam bidang pendidikan Islam. Sebanyak lima kategori anugerah telah disampaikan, iaitu Anugerah Khatam Al-Quran, Anugerah SPITSR, Anugerah Sekolah Rendah PPD, Anugerah GPMP SPM, STAM dan PNGK STPM serta Anugerah GPS SPM, STAM dan PNGK STPM Tahun 2025.
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
