JNBA 3.0 Kerian labuh tirai : Semangat Kecemerlangan SPM 2026 Diimpikan
Bila semangat digandakan dengan sokongan padu, tiada batas yang mampu menghalang kejayaan!
Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA) 3.0 berakhir di Kerian dan melabuhkan tirainya dengan impak yang mendalam. Kemuncak program menjadi titik mula yang cukup bermakna buat anak-calon SPM 2026.
Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Ybrs. En Mohamad Noor Arif Bin Zakaria, Pengurus Kanan Projek dan Pelaburan Yayasan Perak, Turut hadir, Ybrs. Pn Rohani bt Hj Musa, Timbalan PPD Sektor Perancangan, Ybrs. En Shahril B Samsuri, Penolong Penolong PPD Hal Ehwal Murid, Ybrs, Pn Masda Bt Othman, Pengetua SMK Abu Bakar Al-Baqir.
Kerjasama padu ini jelas menunjukkan hubungan erat antara Yayasan Perak dan warga pendidik dalam memastikan setiap pelajar mendapat peluang yang sama untuk mencapai kecemerlangan tanpa ada yang ketinggalan.
Tiga Kesan Utama JNBA 3.0 Kerian kepada calon SPM:
Lebih Daripada Sekadar Motivasi
Pengisian program ini menjadi pencetus perubahan minda kepada para pelajar untuk lebih fokus, berdisiplin dan mampu menghadapi cabaran dengan ketahanan yang tinggi.
Kekuatan Melalui Sokongan Bersama
Kerjasama erat antara rakan strategik dan pihak sekolah membuktikan bahawa setiap pelajar sentiasa disokong dan tidak pernah berjuang bersendirian dalam mengejar kejayaan.
Pengalaman yang Mengukir Makna
Setinggi-tinggi penghargaan kepada warga Kerian atas semangat dan penglibatan yang luar biasa sepanjang program berlangsung, menjadikan ia satu kenangan yang bermakna.
JNBA 3.0 berakhir di Kerian dan telah membawa semangat dan inspirasi ke seluruh pelusuk daerah negeri Perak. Bersedialah anak- anak Perak, selamat maju jaya menduduki SPM! Nantikan JNBA yang akan datang.
