690 CALON SPM PROGRAM T.R.A.S 2026 GEMPUR MATEMATIK!
Pagi ini, 690 calon SPM yang mengikuti Program Transisi Ke Arah Perak Sejahtera (T.R.A.S) 2026 dari 23 buah sekolah seluruh Perak meneruskan persediaan menghadapi peperiksaan menerusi Bengkel Pecutan Akhir SPM.
Subjek Matematik membuka sesi pagi bersama Sir Fathi dan Sir Amir dari MC+ dengan perkongsian teknik menjawab soalan, tip penting serta latihan bagi membantu pelajar menghadapi SPM yang semakin hampir.
Bengkel ini merupakan sebahagian daripada pengisian Majlis Penutupan T.R.A.S 2026, sekali gus meneruskan usaha bimbingan yang telah diberikan kepada para peserta sepanjang pelaksanaan program.
Bagi Yayasan Perak, sokongan kepada anak-anak ini tidak terhenti pada sesi pembelajaran semata-mata, tetapi turut memberi ruang kepada mereka untuk terus memperbaiki pencapaian dan melangkah ke dewan peperiksaan dengan lebih yakin.
Ayuh anak-anak T.R.A.S! Teruskan semangat, gandakan usaha dan berikan yang terbaik dalam SPM nanti!
